7 lagi individu ditahan kes rusuhan Parit Raja

38

18 MEI: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, mengesahkan penahanan tujuh lagi individu bagi membantu siasatan kes rusuhan di Parit Raja, Batu Pahat baru-baru ini.

Berikutan itu, Ayob berkata tujuh individu terbabit kini direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, polis juga menyambung reman tujuh individu daripada 20 yang ditahan sebelum ini selama tiga hari lagi selepas tempohnya tamat semalam.

Katanya polis juga masih menyiasat sejauh mana wujud dalang dalam penganjuran himpunan itu masih dalam siasatan.

Mengenai dalang, masih dalam siasatan, tetapi semua yang (baru) ditahan ini mempunyai peranan (ketika himpunan) pada malam itu.

“Sejauh mana ada dalang atau individu terbabit (biaya), siasatan masih dijalankan,” kata dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ismail Dollah berkata, semua tujuh yang ditahan semalam itu berusia antara 19 hingga 23 tahun.

Khamis lalu, klip video dan gambar himpunan membabitkan pembakaran suar dan kain rentang “kerajaan gagal” di Parit Raja, Batu Pahat, tular di media sosial.

Seramai 20 penduduk tempatan berusia 16 hingga 28 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung himpunan berkenaan.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 144, 269 dan 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan, Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.