Alumni 4B Malaysia kutuk serangan ganas Israel terhadap Palestin

134

16 MEI: Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni 4B Malaysia) mengecam perbuatan ganas, zalim dan melakukan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Presidennya, Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad Al-Husaini berkata, pihaknya turut kecewa dan kesal dengan serangan udara dan pencerobohan berterusan tentera regim Israel terhadap rakyat Palestin ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah di Masjid Al-Aqsa.

“Perbuatan keji dan biadab ini telah mencemar kehormatan agama Islam amat mengguris hati dan perasaan umat Islam di seluruh dunia.

“Alumni 4B Malaysia memohon kerajaan Malaysia agar segera bertindak membantu dan menyokong perjuangan rakyat Palestin serta mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya bertindak tegas mendesak Israel untuk menghentikan segera kezaliman terhadap rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebagai tanda sokongan padu dan solidarity, Alumni 4B Malaysia akan melancarkan Tabung Dana Solidariti Al-Aqsa.

“Seluruh ahli Alumni 4B Malaysia dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dirayu untuk menyumbang ke  tabung ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang, ia boleh disalurkan ke akaun CIMB Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia, 86-0006389-3.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.