PKPD tiga lokaliti di Pahang, Sarawak mulai 17 Mei

58

15 MEI: Tiga lokaliti di Pahang dan Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 17 Mei ini, berikutan terdapat peningkatan kes di kawasan tersebut

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, dua daripadanya adalah di Pahang iaitu Kampung Paya Teh, Jerantut dan Seri Kemunting, Kuantan manakala selebihnya adalah di Kampung Sungai Langgas, Kunak, Sabah.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM,  kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di tiga lokaliti itu berkuat kuasa 17 Mei sehingga 30 Mei 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini adalah untuk memudahkan KKM menjalan pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta menyekat penularan jangkitan ke kawasan luar,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian PKP, PKPB, PKPP, hari ini. 

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di dua Rumah Panjang di Mukah Sarawak iaitu Rumah Panjang Jali Anak Empaling dan Lanyau Anak Tuli, Bukit Dinding-Bergerik yang sepatutnya ditamatkan esok. 

Menurut beliau, perkara itu dilaksanakan berikutan KKM juga mengesahkan penularan masih berlaku di lokaliti tersebut dan kes baharu juga masih direkodkan.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 150 ujian saringan di kedua-dua rumah panjang tersebut dan 81 disahkan positif COVID-19. Justeru itu, dua rumah panjang itu akan dilanjutkan PKPD bermula 17 Mei sehingga 23 Mei hadapan,”katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan Kerajaan turut bersetuju untuk menamatkan PKPD di 10 lokaliti di Pahang dan Sarawak di mana tiga daripadanya adalah di Pahang iaitu di apartment Meranti, Midhill Apartment, Ramin dan Vista Residence, Bentong. 

“Manakala selebihnya adalah di Mukah Sarawak iaitu Rumah Panjang Luni, Manna, Nelson Chuat, Rumah Panjang Belayong, Rumah Panjang Muda, Rumah Panjang Tepi, Rumah Panjang Minggu dan Rumah Panjang Undom di Jalan Bukut Balingian. 

“Setelah membuat penilaian risiko, hanya  Apartment Meranti, Midhill Apartment, Ramin dan Vista Residence, Bentong, Pahang ditamatkan hari ini lebih awal dari dijadualkan manakala selebihnya akan ditamatkan esok,” katanya. 

Sementara itu, mengenai task force operasi pematuhan, beliau memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 551 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP) 

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 519 individu dikompaun manakala 32 orang pula direman. 

“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (124), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (101) tiada penjarakan fizikal (92), tidak memakai pelitup muka (80), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (3) dan lain-lain (151),”katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.