44 kes kematian, angka tertinggi direkodkan setakat ini

35

15 MEI: Kadar positif kes COVID-19 kini semakin membimbangkan dengan 4,140 kes baharu dan  rekod tertinggi  kematian sebanyak 44 kes dilaporkan hari ini, manakala 503 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 272 memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dalam satu kenyataan hari ini, dengan pertambahan itu jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 466,330 kes termasuk 422,329 kes sudah sembuh dan 42,135 kes masih aktif dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

Beliau berkata daripada 4,140 kes dilaporkan hari ini 4,131 kes adalah penularan tempatan iaitu 3,728 warganegara dan 403 bukan warga negara, baki sembilan lagi kes adalah kes import.

“Selangor terus kekal mencatatkan kadar kes baharu positif tertinggi dengan 1,507 kes, diikuti Johor (433), Kuala Lumpur (398), Pulau Pinang (338) dan Sarawak 324. Manakala Kedah pula 239 kes, Negeri Sembilan (190), Perak (182), Terengganu (119), Pahang (116), Kelantan (109), Melaka (97), Sabah (60), Putrajaya (23), Labuah (3) dan dua kes di Perlis.

“KKM juga melaporkan bahawa jumlah kematian hari ini iaitu 44 kes adalah kadar kematian tertinggi dilaporkan dalam tempoh seminggu ini dengan 43 kes daripada membabitkan rakyat tempatan dan satu warga asing, sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya 1,866 kes atau 0.40 peratus,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.