BAM Nafi Atlet Israel Sertai Kejohanan Terbuka Malaysia

92

15 MEI : Berita berkenaan penyertaan pemain badminton dari Israel, Misha Zilberman/Svetlana Zilberman yang bakal beraksi dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia mulai 25 hingga 30 Mei ini yang tular sejak hari ini adalah tidak benar. 

Perkara itu disahkan sendiri oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), yang menegaskan kehadiran pemain daripada Israel sama sekali tidak pernah mendapat kelulusan daripada kerajaan.

BAM turut memaklumkan carta undian kejohanan ini turut melibatkan pasangan beregu campuran yang merupakan pasangan nombor satu Israel selain menduduki ranking ke-141 dunia itu juga sememangnya tidak pernah mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan.

Terdahulu, menerusi akaun seorang pengguna Twitter yang dilihat merupakan peminat badminton mengemukan soalan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berhubung perkara itu selain memuat naik undian didakwa dikeluarkan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) bagi Kejohanan Terbuka Malaysia kali ini.

“Salam [email protected] Reezal Merican (Menteri Belia dan Sukan) , adakah senarai pemain ini betul? Kalau betul, mohon pencerahan. Macam mana atlet Israel boleh berada dalam senarai pemain badminton Terbuka Malaysia, sedangkan Malaysia tak mengiktiraf negara Israel?, “soalnya.

BAM yang mewakili Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kemudiannya membalas ciapan berkenaan dengan mengatakan bahawa berita berkenaan adalah tidak benar dan kerajaan tidak pernah meluluskan kemasukan pemain itu ke negara ini.

“Salam tuan. Tidak benar. Untuk pengetahuan tuan, entri pemain-pemain ini tidak pernah diluluskan sejajar dengan polisi negara kita.

“Undian (draw) pula dibuat oleh pihak @bwfmedia dan berdasarkan laporan kelayakan minimum (M&Q) dan juga tidak pernah diluluskan,” balas BAM menerusi aplikasi Twitter pada Sabtu.

Kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang sepatutnya berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil mulai 25 hingga 30 Mei 2021, telah dipinda ke tarikh yang belum ditetapkan ekoran pandemik Covid-19.

Pasangan beregu campuran yang menggandingkan pasangan ibu/anak ibu berusia 63 tahun (Svetlana) dan anak lelaki (Misha) berusia 32 tahun itu mula menjadi tumpuan dalam sukan badminton terutamanya kepada Svetlana yang masih mampu beraksi masih mampu beraksi secara kompetitif.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.