Polis nafi gambar tular kompaun RM30,000

179

14 MEI: Polis menafikan mengenakan kompaun  RM30,000 kepada pemilik dan tetamu sebuah kediaman kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri, semalam seperti gambar yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata sebaliknya gambar itu hanyalah aktiviti pemeriksaan dijalankan pegawainya dari rumah ke rumah pada hari raya pertama di Nilai Impian, Nilai, Negeri Sembilan.

“Orang ramai salah tafsir gambar itu sebagai tindakan kompaun dan kejadian sebenar adalah polis melakukan tinjauan bersama dengan pihak media untuk melihat kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Aidilfitri di kawasan berkenaan.

“Dalam tinjauan itu, kami mendapati kadar pematuhan penduduk di kawasan itu berada pada tahap tinggi dan tiada sebarang aktiviti melanggar SOP seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya ketika dihubungi media tempatan, hari ini.

Mohd Fazley berkata, orang ramai dinasihatkan agar menghentikan sebarang penyebaran gambar atau berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial.

Semalam, tular satu gambar di media sosial yang memaparkan pemilik akaun ‘No War But Class War’ menaik status ‘Area Rumah Aku Nilai Impian.Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K. 

Gambar itu kononnya memaklumkan polis yang menjalankan rondaan dan pemeriksaan mengenakan kompaun sebanyak RM25,000 kepada tuan rumah, manakala tetapi dikenakan RM5,000.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.