Pemanah negara meninggal dunia

89

14 MEI: Pemanah profesional negara, Haziq Kamaruddin, 27, meninggal dunia awal pagi ini.

Perkara itu disahkan rakan sepasukannya Zulfadhli Ruslan, menerusi Facebook.

Difahamkan, Haziq menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang.

Berasal dari Johor Bahru, Haziq pernah mewakili negara dalam dua temasya sukan olimpik, iaitu Olimpik London 2012 dan Olimpik Rio 2016.

Beliau juga banyak mencipta kemenangan di peringkat antarabangsa, termasuk meraih pingat emas pada Sukan Kejohanan Memanah Asia 2011 di Tehran, Sukan SEA 2015 di Singapura dan Sukan SEA 2017 di Malaysia.

Pada 2012, beliau bersama Pandelela Rinong dinobat Olahragawan dan Olahragawati Terbaik Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.