PBB mesyuarat Ahad isu Israel, Palestin

44

14 MEI: Satu mesyuarat akan diadakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara maya pada Ahad ini, bagi menyuarakan kebimbangan terhadap ketegangan konflik antara Israel dan Palestin.

Majlis Keselamatan PBB itu memerlukan kelulusan penuh 15 ahli bagi mengadakan mesyuarat secara televideo berikutan COVID-19.

Sumber mendedahkan, sesi itu sepatutnya diadakan hari ini, tetapi Amerika Syarikat (AS) meminta ditangguhkan dan mencadangkannya pada minggu hadapan.

AS, semalam mendakwa mereka bukan menghalang sidang mesyuarat tergempar diadakan segera, tetapi memberikan waktu rundingan diplomasi bagi membincangkan konflik itu secara serius.

Ahli Majlis Keselamatan PBB, iaitu Tunisia, Norway dan China yang sebelum ini meminta diadakan sidang mesyuarat tergempar hari ini, bersetuju dengan tarikh terbaharu diumumkan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.