JIPS Siasat Aduan Salah Laku Pegawai Kanan Polis Sarawak

162

12 MEI : Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan teliti terhadap seorang pegawai kanan tinggi polis di Sarawak berkaitan dakwaan salah laku dan salah guna kuasa.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata siasatan dibuat berikutan beberapa aduan dilakukan terhadap pegawai kanan polis itu.

“JIPS telah memulakan siasatan secara menyeluruh dan telus.

“Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat keterangan menjurus kepada wujudnya apa-apa salah laku dan salah guna kuasa olehnya,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Justeru itu, Zamri menegaskan pihak polis tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan, pegawai dan anggotanya yang terlibat dalam sebarang penyelewengan, salah laku dan salah guna kuasa.

Baru-baru ini, satu perkongsian mengenai pegawai kanan tinggi itu tular menerusi laman Facebook yang mendakwa pegawai itu menjadi pelindung utama sindiket perjudian, penyeludupan dan kongsi gelap di negeri berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.