UMNO perkasa pemimpin muda – Ahmad Zahid

23

11 MEI: Biarpun menghadapi pelbagai tekanan dari luar dan dalam namun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yakin masyarakat masih menyokong parti keramat itu.

“Biarpun usia UMNO sudah 75 tahun, tetapi ia tidak menghalang kita melakukan rejuvinasi dalam parti.

“UMNO akan terus kekal relevan kerana sentiasa mempunyai pemimpin yang berkaliber, berwawasan dan berbakat besar dalam memimpin negara,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.

Katanya, UMNO sentiasa memperkasakan pemimpin pelapis untuk menyambung wadah kepimpinan. 

“Mereka benar-benar teruji, bermoral dan berkemampuan untuk menakhoda negara suatu hari nanti. 

“Tidak seperti parti lain, para pemimpin mereka ada yang terlibat dengan masalah sosial yang mencemarkan nama baik parti,” katanya.

Dalam pada itu, Ahamd Zahid berkata UMNO adalah parti yang paling dipercayai kerana manifesto parti itu tidak pernah dimungkiri. 

“Semua janji ditepati. Rakyat didahulukan. Kebajikan diutamakan. Ekonomi dibangunkan. 

“Itulah perjuangan UMNO yang menjadikan ia mandiri selama 75 tahun. UMNO dan rakyat berpisah tiada,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.