Mangsa rogol diugut tarik laporan polis

30

11 MEI: Seorang wanita memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur hari ini berhubung intimidasi dan ugut supaya menarik balik laporan kes rogol membabitkan kenalan seorang Adun di Selangor pada 5 Disember 2020.

Peguam mangsa, Asheeq Ali Sethi Alivi, berkata anak guamnya memberikan kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat yang merakam keterangannya hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga menyerahkan bukti berkaitan paksaan dan ugutan diterima anak guamnya daripada beberapa individu agar mangsa menarik balik laporan polis kes rogol dibuat pada 5 Disember 2020.

“Hari ini anak guam saya datang ke IPD Brickfield untuk memberi keterangan berhubung laporan berkaitan intimidasi dan ugutan oleh beberapa individu supaya dia menarik balik laporan pertama dibuat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 5 Disember 2020 lalu.

“Anak guam saya meminta pihak polis segera menyiasat bagaimana rakaman video literacy tertutup (CCTV) yang sepatutnya menjadi salah satu bukti dalam siasatan polis tersebar di media sosial baru-baru ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menemani wanita terbabit memberi keterangan kepada polis di IPD Brickfield di hari ini.

Mengulas lanjut, Asheeq menjelaskan kejadian kes rogol membabitkan anak guamnya berlaku pada 5 Disember lalu bukannya pada bulan Mei 2020 seperti didakwa sesetengah pihak.

“Anak Guan saya buat laporan sehari selepas kejadian (4 Disember) dan seterusnya membuat laporan kedua pada 8 Mei ini untuk membetulkan balik laporan itu.

“Laporan polis kedua juga dibuat bagi melindungi anak guamnya dan keluarganya daripada terus diganggu oleh individu terbabit,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan seorang wanita membuat laporan polis pada Disember tahun lalu, berkaitan dua kenalan seorang Adun Selangor atas tuduhan merogol.

Salah seorang yang didakwa ialah pemimpin bahagian parti komponen Perikatan Nasional (PN), sementara yang seorang lagi dikatakan sebagai kenalan lama Adun terbabit.

Laporan polis itu didedahkan oleh bekas pemimpin Umno Lokman Adam.


Get real time updates directly on you device, subscribe now.