Imbuhan keluar BERSATU hanya ‘drama’

7

11 MEI: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan dakwaan tawaran imbuhan kepada pemimpin parti itu untuk menyertai parti lain adalah sekadar menarik perhatian umum.

Menurutnya, isu itu tidak pernah didengarinya dalam BERSATU termasuk dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad ditawarkan menyertai parti tersebut.

“Secara prinsipnya saya boleh katakan BERSATU sentiasa terbuka untuk sesiapa saja yang menyokong dasar dan agenda prihatin rakyat yang kita bawa.

“Namun, saya tegaskan adalah tidak logik tuduhan ada pihak menawarkan imbuhan kepada Dr Mahathir untuk menyertai BERSATU,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Sementara itu, mengulas kewujudan Pejuang, Wan Saiful berkata, kewujudan banyak parti kecil pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti hanya menambah perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Ini bermakna Dr Mahathir sendiri faham kewujudan parti kecil seperti PEJUANG hanya menambah perpecahan dan bukan penyelesaian kepada sebarang masalah pun,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.