Dakwaan Mat Sabu isu kapal LCS hanya provokasi politik

101

11 MEI: Dakwaan bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu kononnya keputusan kerajaan meneruskan pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) lebih kepada mahu menyelamatkan serta menjamin kepentingan kontraktor semata-mata adalah satu tuduhan yang tidak berasas. 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dakwaan tersebut hanyalah satu provokasi politik dan menyerlahkan ketidakmatangan Presiden Amanah itu dalam memberi hujah cara menangani isu LCS.

Sebaliknya, beliau mendedahkan punca permasalahan LSC berlaku adalah kerana kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan cekap berhubung status projek tersebut pada waktu itu.

“Punca permasalahan LCS adalah daripada tindakan kerajaan PH yang gagal memberi sebarang keputusan pada masa itu yang telah mencetuskan kemelut baharu iaitu peningkatan kerugian dalam korporat Boustead ekoran penangguhan kepada vendorvendor Bumiputera dan juga tenaga kerja. 

“Bukan itu sahaja, kerugian RM50 juta setiap bulan akibat penangguhan ini juga memberi kesan buruk kepada tabung LTAT dan 130 ribu pencarumnya. Kelemahan dan kegagalan Bekas Menteri Pertahanan untuk melihat impak jangka panjang inilah yang telah mengakibatkan apa yag terjadi sekarang ini, “katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memaklumkan letika PH memerintah, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) telah memohon kelulusan ketigatiga ‘variation order’ dan pada Februari 2018, BNS telah membuat tawaran kepada Kerajaan PH untuk menyerap kerugian sebanyak RM400 juta supaya Projek LCS ini dapat diteruskan namun tiada keputusan diperolehi.

“Pada Januari 2019, MINDEF telah bersetuju dengan permohonan ketiga tiga ‘variation order’ tersebut tetapi bergantung kepada keputusan akhir oleh Kementerian Kewangan. Namun tiada sebarang kata putus daripada Kementerian Kewangan.

“Kegagalan untuk mendapat kata putus mengenai ketiga menjejas teruk perkembangan kerjatiga ‘variation order’ ini telah kerja bahagi an pembinaan kapal yang lain. Pada November 2019, OEM telah menghentikan kerjakerja pembinaan kapal kerana BNS menghadapai masalah aliran tunai.

“Hakikat sebenar, apa yang dihadapi oleh TLDM, LTAT dan Boustead adalah dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan khususnya Mohamad Sabu dan Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng,” katanya.

Terdahulu, Mohamad Sabu dan bekas timbalannya, Liew Chin Tong mempersoal keputusan kerajaan meneruskan LCS yang mendakwa kononnya ia lebih bertujuan menyelamatkan serta menjamin kepentingan kontraktor serta subkontraktor dan bukannya bagi memastikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendapat bilangan kapal tempur yang menepati keperluan semasa.

Mereka turut mempersoalkan status dana berjumlah RM1 bilion yang telah hilang daripada akaun projek tersebut.

Justeru itu, Ismail Sabri menyangkal tuduhan Mohamad Sabu kononnya keputusan meneruskan projek tersebut untuk menjaga kontraktor, sebaliknya ia dibuat selepas mengambil kira semua kepentingan TLDM.

“Kerajaan telah membuat kajian mendalam ke atas semua aspek dalam projek itu dan Jemaah Menteri mendapati ada lebih banyak kebaikan dan keuntungan yang akan diperolehi oleh kerajaan dan rakyat jika ia diteruskan.

“Kerajaan sudahpun membelanjakan sebanyak RM6 billion dan jika ia dihentikan, wang ini mungkin tidak dapat dikembalikan sepenuhnya, malah kerajaan perlu mengeluarkan wang yang lebih banyak untuk melantik kontraktor baharu,” katanya.

Mengulas status dana RM1 bilion yang dibangkitkan Mohamad Sabu yang kononnya hilang, Ismail berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah memaklumkan ia masih dalam siasatan dan kementerian tidak mahu campur tangan dalam siasatan berkenaan.

Perkara ini boleh diajukan kepada pihak SPRM untuk mendapatkan perkembangan terkini,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.