Kes COVID-19 kekal 4 angka, kes kematian, ICU meningkat

24

9 MEI: Kes baharu COVID-19 kekal empat angka hari ini, namun menunjukkan penurunan apabila merekodkan sebanyak 3,733 kes.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes baharu pandemik terbabit di Malaysia adalah sebanyak 440,677 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor masih dicatatkan sebagai satu-satunya negeri yang merekodkan kes empat angka bagi lima hari berturut-turut dengan 1,278 kes hari ini.

“Negeri lain yang mencatatkan kes baharu tinggi adalah Sarawak dengan 454 kes, Kuala Lumpur (338), Johor (365), Pulau Pinang (280), Kelantan (254), Negeri Sembilan (205), Kedah (176) dan Pahang (100).

“Manakala Perak mencatatkan kes baharu sebanyak 80 kes, selain Melaka (66), Sabah (61), Terengganu (49) dan Putrajaya (20).

“Hanya dua negeri yang mencatatkan kes baharu satu angka, iaitu Labuan dengan kes dan Perlis (1),” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan COVID-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kematian baharu meningkat hari ini dengan sebanyak 26 kes, berbanding 25, semalam.

“Pesakit COVID-19 di unit rawatan rapi (ICU), turut merekodkan peningkatan hari ini dengan 416 dan daripada jumlah itu, seramai 216 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, berbanding semalam, iaitu masing-masing 393 serta 210,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.