Jangan salah guna dana PVATM jika mahu sertai politik

101

5 MEI: Mantan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Ali Mohd Baharom menasihatkan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar tidak menyalah gunakan dana veteran tentera jika mahu sertai politik.

Mohd Ali yang juga dikenali sebagai Ali Tinju bimbang keadaan bekas tentera akan terabai jika kepimpinan persatuan itu mahu masuk politik.

“Sesiapa pun boleh menyertai dan menubuhkan parti politik tetapi saya kena ingatkan jangan guna dana untuk bekas tentera.

“Masih ramai bekas tentera di negara ini yang tidak terbela dan tidak dijaga kebajikannya.

“Lagi pun, ia bukan mudah seperti disangka. Bila persatuan masuk politik, hasrat murni mereka mudah terpesong,” katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasrat Veteran ATM untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menggunakan platform parti politik sendiri dengan menyasarkan sebanyak kira-kira 50 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presidennya, Datuk Sharuddin Omar berkata pihaknya kini dalam usaha menubuhkan sebuah parti politik dinamakan Parti Kemakmuran Negara untuk tujuan itu.

Menurut beliau, pihaknya mengambil pendirian untuk bertanding pada PRU15 kerana kelewatan kerajaan menyelesaikan isu-isu berkaitan veteran terutamanya membabitkan gaji dan pencen serta isu lain yang membabitkan rakyat.

Beliau menambah penglibatan mereka dalam arena politik adalah bersifat peribadi dan sukarela serta tidak melibatkan persatuan dan kelab veteran yang ada bagi mematuhi Akta Veteran 2012

Get real time updates directly on you device, subscribe now.