Tun Mahathir sedia berdepan saman RM10 mantan KPN

114

4 MEI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa beliau bersedia menghadapi tindakan saman RM10 juta oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mempertahankan dakwaannya baru-baru ini.

Dr Mahathir dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitternya mengesahkan beliau sudah menerima notis saman daripada peguam Khalid dan mengarahkan peguamnya akan mengambil tindakan susulan.

“Saya sudah menerima surat saman daripada peguam bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Saya sudah mengarahkan peguam saya untuk memberikan maklum balas mengenainya. Saya akan jumpa dia (Khalid) di mahkamah,”kata Mahathir dalam satu ciapan menerusi akaun Twitternya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Khalid memberi tempoh tujuh hari kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan fitnah dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri itu baru-baru ini.

Ahli Parlimen Langkawi berkenaan dikatakan mengeluarkan kenyataan bertajuk ‘Khalid Abu Bakar bocor rancangan pada Najib’, yang disiarkan menerusi portal The Malaysian Insight (versi Bahasa Malaysia) pada 16 April lalu.

Ekoran kenyataan itu, Khalid ngarahkan firma guaman Gunaseharan & Linda menghantar notis tuntutan kepada Mahathir pada 22 April lalu bagi menuntut beliau membuat permohonan maaf terbuka secara bertulis dalam portal berita itu dan media sosialnya seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.

Mahathir juga dikehendaki membuat akujanji tidak mengulangi kenyataan sama secara lisan atau bertulis di mana mana saluran media penyiaran, serta menarik semula kenyataan palsu bersifat fitnah.

Menurut firma itu, sekiranya gagal memenuhi segala tuntutan berkenaan, Mahathir akan berdepan saman RM10 juta.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.