Pengerusi FINAS disahkan positif COVID-19

46

4 MEI: Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid, disahkan positif COVID-19, semalam

Menurut kenyataan FINAS, Zakaria disahkan dijangkiti pandemik itu selepas menerima keputusan ujian saringan.

Katanya, Zakaria sedang menjalani tempoh kuarantin berdasarkan saranan dan pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sepanjang tempoh rawatan Zakaria, segala urusan dan operasi FINAS akan berjalan seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Menerusi kenyataan sama, Zakaria turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan beliau sembuh.

Zakaria juga memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat situasi itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.