Kempen ponteng sekolah buka ruang lahirkan generasi biadap

49

4 MEI: Ikatan Guru- Guru Muslim Malaysia (iGuru) membantah tindakan Nationwide School Walkout Day (NWSD) Alliance yang menggesa agar guru dan pelajar tidak hadir ke kelas pada minggu depan sebagai bantahan gejala gangguan seksual di sekolah.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan menegaskan tindakan NWSD adalah bertentangan dengan prinsip Rukun Negara iaitu kesopanan dan Kesusilaan. 

Menurut beliau, membudayakan gerakan  memboikot dari hadir ke sekolah adalah satu bentuk pelanggaran disiplin dan membuka ruang melahirkan generasi biadap dan mencabar kedaulatan undang- undang.

“Murid- murid tidak wajar di ajar untuk ponteng sekolah atau kelas atas apa pun alasan yang tidak munasabah. 

“Persekitaran harmoni antara guru dan murid penting untuk kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Dalam pada itu, Mohd Azizee berkata pihaknya menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin mengambil langkah proaktif dalam menangani isu gangguan seksual kepada murid- murid 

Menurut beliau, ini perlu dilakukan agar kebimbangan dan kerisauan ini dapat dileraikan khususnya kepada mangsa iaitu murid dan juga ibubapa.

“Ini juga perlu dilaksanakan bagi mengelakkan tanggapan masyarakat bahawa sekolah tidak selamat untuk sesi pengajaran dan pembelajaran,” katanya. 

Justeru itu, beliau berkata iGuru mengecam mana- mana tindakan salahlaku gangguan seksual kepada pelajar susulan insiden yang telah berlaku kepada seorang murid sekolah dengan gurauan jenaka rogol.

“Murid-murid perlu mendapat jaminan keselamatan diri ketika berada di sekolah demi memastikan ruang pembelajaran mereka aman dan selamat,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.