Bom meletup berhampiran sekolah, 21 cedera termasuk 10 kanak-kanak

39

4 MEI : Sebuah bom meletak berdekatan sebuah sekolah di Kabul, Afghanistan semalam menyebabkan 21 orang cedera termasuk 10 kanak-kanak.

Kementerian Pertahanan Afghanistan berkata, serangan tersebut berlaku selepas dua hari Amerika Syarikat memulakan pengunduran tenteranya secara rasmi dari negara itu.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas kejadian tersebu

Sejak AS mengambil langkah mengundurkan tenteranya dari negara itu, hampir 300 serangan oleh kumpulan Taliban dilaporkan di lebih 20 daerah di negara itu.

Proses pengunduran tentera Amerika Syarikat dilakukan selepas kehadiran AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selama hampir 20 tahun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.