PRU-15: PAS, Bersatu Perak Tahu Kerusi Akan Ditandingi

56

3 MEI: Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak masih belum membincangkan secara terperinci pengagihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, kedua-dua secara dasarnya telah tahu kerusi mana yang akan ditandingi kelak.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) negeri sehingga hari ini belum ada membuat perbincangan secara khusus tentang pengagihan kerusi.

“Di peringkat Pusat sememangnya ada perbincangan tentang pengagihan kerusi dalam PN,” katanya kepada pemberita di Bagan Serai hari ini.

Mengenai perbincangan perkara yang sama dengan UMNO di bawah Muafakat Nasional (MN), Razman berkata, perbincangan telah terhenti sementara waktu disebabkan UMNO mempunyai masalah dalaman yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meminta UMNO menyelesaikan masalah dalam parti itu sebelum mengadakan perbincangan.

“Untuk di negeri Perak, Pas Perak masih lagi memperkasakan MN dan memperkukuh serta mempertahankan kerajaan  PN sehingga bubarnya Parlimen.

“Pas Perak mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan penuh dengan keamanan dan keharmonian. Kita tidak mahu adanya DAP dan kuncu-kuncunya yang ekstrem serta politik yang melampau dalam kerajaan yang akan datang” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.