Dakwa pelajar boleh menetaskan telur ayam yang direbus, pengetua letak jawatan

169

3 MEI : Pengasas dan pengetua sebuah sekolah vokasional di China, Guo Ping, meletakkan jawatan setelah dikesan membayar sebuah jurnal untuk menerbitkan artikel kononnya seorang murid di sekolah tersebut mampu menetaskan telur ayam yang telah direbus dengan menggunakan ‘kuasa minda’.

Pengasas Sekolah Latihan Vokasional Chunlin, Guo Ping telah menerbitkan laporan tersebut dalam jurnal Pictorial Geography pada Mac lepas, mendakwa beberapa pelajar “istimewa” di sekolah berkenaan mampu menetaskan telur ayam yang direbus.

Guo dalam artikel jurnal tersebut mendakwa satu daripada tujuh telur yang direbus dan digunakan dalam satu eksperimen berjaya diperam lalu menetas menggunakan “kuasa dan tenaga minda”.

Kata Guo, proses berkenaan turut disaksikan oleh beberapa individu, termasuk tujuh pelajar, enam ibu bapa serta dua pensyarah.

Bagaimanapun, laporan itu mendapat kecaman pelbagai pihak bulan lepas dan memaksa pihak kerajaan untuk mengambil tindakan dan membuka kertas siasatan.

Setelah terbongkar tindakannya membayar jurnal tersebut untuk menyiarkan artikel itu, Guo kemudian meminta maaf atas laporan tersebut dan berundur daripada jawatannya di sekolah berkenaan yang terletak di Zhengzhou dan sekolah tersebut juga diarah tutup oleh pihak berkuasa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.