Pegawai Masjid Di Johor Maut Akibat Covid-19 Masih Disiasat

124

3 MEI: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sedang menunggu laporan penuh daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung seorang imam, bilal dan pengerusi sebuah masjid di Taman Impian Emas, yang didakwa meninggal dunia akibat Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi, berkata pihaknya akan memaklumkan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu kepada umum sebaik pihaknya menerima laporan penuh.

“Masjid berkenaan juga dalam masa sama telah ditutup selama tujuh hari dan kini tinggal baki tiga hari sahaja,” katanya.

Tosrin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pembayaran Zakat dan Kurniaan Bantuan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor hari ini.

Tosrin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kematian imam, bilal dan pengerusi sebuah masjid di Taman Impian Emas yang tular di media sosial baru-baru ini kerana didakwa akibat Covid-19.

Semalam menerusi satu laporan berita, salah seorang ahli keluarga kepada imam berkenaan juga mendakwa kematian abangnya itu adalah akibat daripada jangkitan Covid-19 pada 28 April lepas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.