10 Kes Varian Afrika Selatan Dikesan di Kelantan

34

3 MEI:Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan sebanyak 10 kes varian Afrika Selatan (B.1.351) telah  dikesan di Kelantan setakat semalam. 

JKNK menerusi kenyataan memaklumkan kes itu dipercayai berpunca dari Kluster Bunut Sarang Burung.

JKNK berkata jumlah keseluruhan kes tempatan Covid-19 membabitkan varian itu adalah sebanyak 48 kes termasuk di Selangor dan Perak.

“Varian Afrika Selatan B.1.351 untuk pertama kalinya mula dikesan di Kelantan (Kluster Bunut Sarang Burung),” kata jabatan itu di Facebook, malam tadi.

Terdahulu, Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin menjangkakan negeri itu akan mencatat kes harian baharu mencecah tiga angka selama empat minggu berturut-turut berdasarkan situasi semasa Covid-19.

“Sejak hampir dua minggu, Kelantan mencatatkan antara 400 hingga 500 kes setiap hari walaupun telah melaksanakan tindakan atau langkah menutup bazar Ramadan dan sekolah,” katanya. 

Setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 48 kes varian Afrika Selatan, lapan kes varian United Kingdom, satu kes varian India, dua kes varian Nigeria (B.1.525) dan satu kes varian keturunan C (C.36) daripada seorang individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Mesir.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.