COVID-19 kembali melebihi angka 3,000 hari ini

26

2 MEI: Selepas sehari berada di bawah 3,000 semalam, kes baharu COVID-19 dilaporkan mencatatkan kes sebanyak 3,418 kes, hari ini.

Laporan status terkini COVID-19 turut menunjukkan Selangor kekal sebagai negeri paling tinggi mencatatkan kes baharu, iaitu 1,200 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Terengganu mencatatkan peningkatan kes baharu secara mendadak hampir lima kali ganda, iaitu 184 kes, berbanding hanya 42 kes, semalam.

“Keseluruhan angka COVID-19 yang direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 415,012 sehingga kini.

“Negeri lain yang mencatatkan kes baharu tinggi adalah Sarawak, iaitu 587, diikuti Kelantan (400), Johor (213), Kuala Lumpur (198), Terengganu (184), Pulau Pinang (145), Sabah (115) dan Kedah (101).

“Manakala, Perak mencatatkan 77 kes baharu, selain Negeri Sembilan (73), Melaka (61) dan Pahang (45),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, hanya tiga negeri mencatatkan kes baharu satu angka, iaitu Putrajaya sebanyak lapan kes, Labuan (7) dan Perlis (4).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.