Kerajaan Selangor Bermesyuarat Khas Bincang Kes Covid-19 Tinggi

72

30 APRIL : Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengadakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara bagi Negeri Selangor pagi ini. 

Perkara itu dinyatakan Amirudin menerusi Twitternya ekoran Selangor mencatatkan kes tertinggi Covid-19 selama tiga hari berturut-turut.

Amirudin berkata mesyuarat itu bagi meneliti semula pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor.

“Hari ini (semalam), hari ketiga berturut-turut kes baru Covid-19 kembali mencecah empat angka. Esok pagi ( hari ini) saya memanggil sidang khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara ( Negeri Selangor ) bagi meneliti semula perlaksanaan PKPB di seluruh Selangor.

“Mesyuarat itu akan mengangkat syor-syor pelaksanaan PKPB di Selangor kepada Majlis Keselamatan Negara bagi pertimbangan kerajaan Persekutuan,” katanya, lewat malam tadi. 

Kes positif baharu COVID-19 semalam dilaporkan sebanyak 3,332 kes dengan Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,083 kes.

Terdahulu, daripada 3,142 kes baharu dilaporkan Rabu lalu, Selangor mencatat kes tertinggi dengan 1,019 kes dan pada Selasa (27 April) daripada 2,733 kes baharu yang dilaporkan, Selangor catat kes tertinggi dengan 750 kes.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.