Hadi Awang Makin Sihat

30

30 APRIL: Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, Abdul Malik Ab. Razak, mengesahkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam keadaan sihat dan masih menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Abdul Malik berkata, keadaan kesihatan Abdul Hadi beransur baik hasil rawatan yang dijalankan.

“Alhamdulillah, tuan guru sihat dan masih berehat di IJN,” katanya kepada media hari ini.

Kelmarin, Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri Ke Asia Barat menerima rawatan susulan di IJN atas nasihat doktor bagi tempoh beberapa hari.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman yang memohon doa semua pihak agar Abdul Hadi diberikan kesembuhan serta kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat kepada ummah.

Terdahulu, beberapa pemimpin antaranya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mendoakan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu pulih seperti sediakala.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.