Acrly Sani dilantik Ketua Polis Negara Baharu

155

30 APRIL: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini mengumumkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani bakal dilantik Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa 4 Mei 2021.

Hamzah yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) berkata pelantikan Acrly Sani, 59, sebagai Ketua Polis Negara ke-13 mendapat persetujuan Tan Sri Abdul Hamid Bador, semua ahli SPP dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sebagai Pengerusi SPP saya sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri dan beliau bersetuju seterusnya menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

“Alhamdulillah, Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk melantikan Acryl Sani sebagai Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa mulai 4 Mei depan,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan penyerahan watikah surat pelantikan kepada Acryl Sani di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini.

Berikutan itu, Hamzah juga memaklumkan bahawa majlis penyerahan tugas antara Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Acryl akan berlangsung pada 3 Mei ini.

Dalam pada itu Hamzah juga mengucapkan terima kasih kepada Abdul Hamid kerana berjaya melaksanakan tugas diamanahkan dengan baik dan penuh amanah sepanjang lebih 2 tahun menjadi Ketua Polis Negara.

“Malah hari ini beliau (Abdul Hamid) sudah mencapai umur 63 tahun dan oleh itu kita merasakan perlu untuk kita melantik orang baharu bagi memastikan segala kebaikan dilakukan beliau dan bekas Ketua Polis Negara hari ini perlu diteruskan,” katanya.

Hamzah juga memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial yang boleh menimbul kegusaran orang ramai.

“Saya yakin dengan pelantikan Acrly Sani sebagai Ketua Polis Negara baharu dapat membantu rakyat hidup dalam keadaan aman, selamat dan sejahtera.

“Datuk Seri Acryl Sani juga mempunyai pengalaman luas kepada pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Kelantan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Timbalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Timbalah Pengarah Jabatan Pengurus PDRM.

“Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah di beberapa jabatan di Bukit Aman termasuk Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dan Timbalan Ketua Polis Negara, sebelum diangkat sebagai Ketua Polis Negara nanti,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.