40 Penganut Yahudi Terbunuh Dalam Upacara Keagamaan Di Israel

163

30 APRIL: Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan lebih 65 cedera dalam kejadian berasak-asak dalam satu upacara keagamaan di sebuah tempat suci agama Yahudi di Meron, utara Israel Jumaat lalu.

The Times Of Israel melaporkan, kejadian itu berlaku apabila puluhan ribu orang penganut agama Yahudi ortodoks menyertai satu ziarah tahunan untuk pesta keagamaan Lag BaOmer di Meron.

Mereka mengunjungi kubur seorang pendeta Yahudi yang terkenal iaitu Rabi Shimon Bar Yochai semasa kejadian itu berlaku.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan kejadian itu sebagai satu bencana yang teruk.

Perkhidmatan kecemasan Israel menghantar enam buah helikopter untuk memindahkan mangsa-mangsa yang cedera teruk.

Pihak berkuasa sebelum ini telah meluluskan seramai 10,000 orang berhimpun di kawasan kubur tersebut.

Namun, lebih 650 buah bas yang disewa khas dari seluruh negara dan membawa 30,000 penganut agama Yahudi ke kawasan tersebut.

Seramai 5,000 anggota polis ditempatkan di lokasi tersebut yang merupakan perhimpunan awam terbesar semasa pandemik Covid-19 masih belum reda di Israel.

Dalam pada itu, seramai 20 orang yang cedera berada dalam keadaan kritikal, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.