Kerajaan komited laksana undi18 – Takiyuddin

14

29 APRIL: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Takiyuddin Hassan, menegaskan kerajaan amat komited untuk melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun.

Kerajaan terus komited untuk melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun sebagaimana pindaan kepada peruntukan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui sebulat suara di Parlimen secara dwipartisan pada tahun 2019.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata, perkara itu telah dibincangkan dan disahkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam dan akan diusahakan agar dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Susulan keputusan tersebut, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan beberapa perkara lagi  berkaitan peruntukan undang-undang tertentu yang berkaitan dan  perkara teknikal termasuk memperkemaskini sistem perisian yang diperlukan.

“Adalah jelas melalui ketetapan yang dibuat ini menunjukkan betapa kerajaan beriltizam untuk memberi peluang kepada golongan muda yang berumur tidak kurang 18 tahun menjadi pemilih dalam pilihan raya umum ke-15 mahupun dalam mana-mana pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri,” katanya dalam kenyataan.

Takiyuddin berkata, kerajaan juga yakin SPR sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai persiapan untuk menguruskan proses pilihan raya dari segi logistik, sumber manusia serta penyesuaian berhubung prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan norma baharu pengendalian pilihan raya ekoran penularan Covid-19 di negara ini.

Isu Undi-18 kembali menghangatkan arena politik tanah air, selepas Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh, mengakui proses pendaftaran pemilih automatik dan pengundian 18 tahun hanya boleh dilaksanakan selepas 1 Sept 2022, setelah menilai semula pelbagai isu yang menjejaskan perancangan dan persiapannya.

Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelbagai pihak termasuk pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendesak kerajaan dan SPR supaya mempercepatkan proses pelaksanaan Undi-18 menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dijangka diadakan selepas tempoh proklamasi darurat tamat, pada 1 Ogos nanti.sekarang tidak menetap di alamat seperti tertera pada kad pengenalan (IC) masing-masing.

“Apa yang sepatutnya dilakukan sekarang kerajaan perlu mengadakan satu gerakan khas secara besar-besaran bagi memastikan semua orang menukar alamat tetap pada IC kepada tempat tinggal mereka sekarang bukannya kampung halaman atau tempat kelahiran mereka,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.