SOP pelajar asrama pulang diumum masa terdekat

59

28 APRIL: Prosedur operasi standard (SOP) bagi pergerakan pulang pelajar asrama ke kediaman masing-masing akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.

Beliau berkata, keputusan berhubung SOP itu perlu diperhalusi secara menyeluruh terlebih dahulu, memandangkan aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan.

“Mengenai pergerakan murid-murid asrama kembali ke rumah masing-masing, kita akan maklumkan SOP lengkap dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media khas di Kuala Lumpur, hari ini.

Berhubung persoalan penggunaan telefon bimbit di sekolah berasrama, Radzi berkata kementerian membenarkan pelajar menggunakan kemudahan itu, tetapi terkawal membabitkan kes tertentu.

“Kebenaran dan syarat ini juga digunakan di sekolah lain kerana sekiranya berlaku jangkitan di institusi pendidikan terbabit, ada ibu bapa ingin mendapat khabar daripada anak mereka.

“Dalam konteks penting ini, kita benarkan pengguna telefon bimbit secara terkawal dengan proses dan prosedurnya ditetapkan di peringkat sekolah,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.