Hanafi dilantik Ketua Pemuda PN Selangor

106

28 APRIL: Pemuda Perikatan Negeri (PN) Selangor melantik Hanafi Zulkapli sebagai Ketua Pemuda parti komponen di negeri itu.

Pelantikan Hanafi dilakukan selepas Pemuda PN mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pemuda PN semalam yang turut diterajui oleh beliau. 

Hanafi yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Selangor berkata, segala program dan perancangan PN negeri itu akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya menerusi pembentukan jawatankuasa itu.

“Kami komited untuk memberikan khidmat terbaik buat rakyat Malaysia khususnya kepada anak muda Selangor.

“Harapan yang besar daripada Pemuda PN Selangor agar dapat bersama memberi sokongan dan tawaran konsep negara berkebajikan kepada rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Hanafi memberitahu, selain membincangkan mengenai pembentukan jawatankuasa berkenaan, mesyuarat itu juga turut memfokuskan tentang program-program bersama Pemuda PN Selangor selepas ini.

“Program yang dirancang ini akan memberi fokus kepada perkhidmatan dan kebajikan buat rakyat negeri ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.