Anggota ATM wajib pencen selepas 21 tahun

71

28 APRIL: Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dicadangkan wajib bersara selepas 21 tahun perkhidmatan dengan menikmati pencen dan ganjaran lain.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, Kerajaan bercadang meminda Akta Angkatan Tentera 1972 agar anggota ATM wajib bersara selepas 21 tahun perkhidmatan.

Jelasnya, pada masa ini semua anggota tentera mempunyai pilihan berhenti secara sukarela selepas 12, 15 atau 18 tahun perkhidmatan tanpa menerima pencen.

ISMAIL SABRI

“Apabila mereka tamat perkhidmatan sebelum 21 tahun, mereka tidak berpencen dan perlu mulakan kehidupan baharu.

“Ada yang menjalankan perniagaan namun apa yang kita khuatir jika perniagaan mereka tidak menjadi.

“Jadi cadangan pindaan ini untuk menjamin anggota tentera menerima pencen apabila tamat berkhidmat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan, Berbuka Puasa dan Ramah Mesra bersama Persatuan-Persatuan Veteren ATM di Wisma Perwira di malam tadi.

Seramai 175 wakil dari 73 persatuan veteran ATM di seluruh negara mengadakan perjumpaan dan dialog berhubung isu semasa veteran ATM.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.