PN Sudah Runding 30 Peratus Kerusi PRU-15

69

27 APRIL: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mengesahkan parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan rundingan lanjut mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.

Wan Saiful berkata, parti-parti komponen PN telah menunjukkan kesungguhan dalam rundingan agar berjalan adil dalam mengekalkan kerajaan hari ini yang lebih stabil dan memiliki agenda kuat.

“Rundingan berjalan dengan baik bersama kawan-kawan dalam PN malah hari ini pun ada perbincangan rundingan kerusi dan saya akan ke sana selepas ini.

“Alhamdulillah, setakat ini seperti yang dijelaskan oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bahawa perbincangan setakat ini 30 peratus dan kita akan cuba pastikan akan diselesaikan secepat mungkin,” katanya. 

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Tinggi Pinjaman Tabung Pendidikan (PTPTN) berkata demikian kepada media selepas Majlis Ikrar Bebas Sumpah PTPTN di Kuala Lumpur, hari ini.

Ditanya jumlah 30 peratus itu melibatkan negeri mana, Wan Saiful enggan mengulas lanjut.

Sementara itu dalam kenyataan sama, Ahmad Faizal memberitahu, perbincangan itu bagi memastikan tiada pertindihan kerusi berlaku antara parti komponen dalam PN.

Baru-baru ini, satu perjumpaan diadakan antara Bersatu dengan Pas bagi membincangkan pembahagian kerusi PRU-15.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.