PM Thailand didenda 6,000 baht sebab tidak pakai pelitup muka

27

27 APRIL: Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha adalah antara yang terawal didenda kerana tidak memakai pelitup muka semalam, hari pertama pihak berkuasa di ibu negara Thailand mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di kawasan awam.

Prayuth yang juga Menteri Pertahanan didenda 6,000 baht (RM782) kerana melanggar peraturan semasa mesyuarat Rumah Kerajaan.

Sekeping gambar Prayuth tanpa memakai pelitup muka semasa mempengerusikan mesyuarat disebar meluas di media sosial awal pagi semalam. Gambar yang dimuatkan di Facebook rasmi Prayuth itu bagaimanapun telah dipadam kemudiannya.

Pada hari sama, Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang menerusi Facebook menfailkan aduan terhadap perdana menteri itu.

Aswin berkata, perdana menteri diberitahu bahawa beliau telah melanggar peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka, semasa di luar kediaman.

“Beliau (Prayuth) dikenakan denda 6,000 baht, …beliau setuju untuk membayarnya,” katanya.

Seksyen 51 Communicable Diseases Act 2015 Thailand menetapkan bahawa seseorang yang telah melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda maksimum 20,000 baht.

Bagaimanapun media Bangkok Post melaporkan pegawai penguat kuasa mungkin menimbangkan pertuduhan yang lebih ringan berdasarkan peraturan berkaitan denda itu, yang antara lain menetapkan denda 6,000 baht bagi kesalahan kali pertama, 12,000 baht bagi kali kedua, dan 20,000 baht bagi kali ketiga.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.