KPWKM bantu kanak-kanak tanpa dokumen bersekolah

18

26 APRIL: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam usaha memastikan kanak-kanak di institusi kebajikan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diterima masuk ke sekolah aliran perdana, termasuk mereka yang tidak mempunyai dokumen.

Menerusi kenyataannya hari ini, KPWKM memberitahu JKM telah mengenal pasti seramai 40 kanak-kanak berstatus tiada dokumen dan daripada jumlah berkenaan, 10 kanak-kanak dari beberapa institusi sudah diterima masuk ke sekolah aliran perdana.

Katanya, kemasukan kanak-kanak itu dibuat selepas mereka memenuhi semua syarat ditetapkan KPM, manakala 30 kanak-kanak dalam proses permohonan.

“Langkah ini penting bagimemastikan kanak-kanak di institusi kebajikan kendalian JKM dapat diintergrasikan dalam masyarakat dan sebagai persediaan mereka melangkah keluar daripada institusi kebajikan untuk menjalani kehidupan normal.

“KPWKM turut berterima kasih kepada KPM atas inisiatif yang diambil dalam memastikan tiada kanak-kanak tertinggal dalam mendapatkan pendidikan formal di negara ini.

“Kementerian ini juga sentiasa memantau perkembangan kanak-kanak yang sudah diberi peluang pendidikan di sekolah aliran perdana dari semasa ke semasa, selain memastikan peluang dan kemudahan itu diberi sama rata kepada lebih ramai kanak-kanak di institusi kebajikan di bawah JKM.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.