UMNO minta panduan MKN, ROS laksana pemilihan parti

65

25 APRIL : Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk menghantar surat kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam meminta pandangan dan garis panduan untuk UMNO menjalankan pemilihan parti itu tahun ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini perlu dilaksanakan kerana selaras peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO dan SOP COVID-19.

“Ini juga bagi memastikan proses pemilihan parti yang bakal melibatkan mesyuarat perwakilan UMNO Cawangan-cawangan dapat diadakan dengan berkesan dan lancar, mengambil kira jumlah jangkitan COVID-19 yang meningkat,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

UMNO mengesahkan SOP itu akan melibatkan mesyuarat perwakilan UMNO Cawangan-cawangan termasuk sayapsayap Wanita, Pernuda dan Puteri berjumlah 66,287 mesyuarat di semua 1 9 1 Bahagian seluruh negara melibatkan ahli seramai hampir 3.3 juta. 

Dalam pada itu, Ahmad Maslan memberitahu Mesyuarat juga mendesak menerusi Menteri-Menteri Kabinet UMNO agar segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat segala pendedahan kandungan buku karangan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.

“Pendedahan buku hasil penulisan Tommy perlu disiasat kerana telah begitu banyak laporan polis telah dilakukan,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.