KRI Nanggala 402 ditemui pecah, 53 kru meninggal dunia

347

25 APRIL: Kapal selam tentera Indonesia, KRI Nanggala 402 yang hilang sejak Rabu lalu, ditemui pecah di dasar laut di perairan Bali, hari ini.

Ketua Ketua Turus Tentera Laut Indonesia, Yudo Margono, mengesahkan serpihan kapal selam itu ditemui pecah kepada tiga bahagian.

Ketua Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto, mengesahkan kepada wartawan bahawa kesemua 53 kru kapal selam berkenaan meninggal dunia.

Lebih banyak serpihan kapal selam KRI Nanggala 402, katanya, ditemui, termasuk sebuah sauh dan sut keselamatan dipakai kru.

Pihak berkuasa Indonesia berkata, mereka menerima isyarat dari lokasi pada kedalaman lebih 800 meter awal pagi tadi, sebelum menggunakan kapal selam penyelamat milik Singapura bagi mendapatkan pengesahan visual.

Semalam, Tentera Laut Indonesia memaklumkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu, termasuk barangan dari dalam aset terbabit.

Penemuan itu mengesahkan kapal selam berkenaan tenggelam dan mengakhiri harapan menemui individu terselamat.

Antara barangan ditemui, termasuk serpihan sistem torpedo, sebotol minyak pelincir periskop dan sejadah yang digunakan untuk solat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.