Beruk cederakan wanita berjoging diburu

53

25 APRIL: Akibat mencederakan seorang wanita ketika berjoging di Taman Tasik Taiping semalam seekor beruk jantan liar diburu oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.

Pengarahnya, Yusoff Shariff, berkata sepasukan anggota telah dikerah mencari beruk itu selepas pihaknya menerima laporan orang awam mengenai kejadian mangsa cedera di betis kiri akibat dicakar haiwan tersebut ketika berjoging.

“Kita telah menghantar anggota ke kawasan itu tetapi tidak menjumpai beruk tersebut.

“Saya percaya haiwan berkenaan telah melarikan diri dan pihak kami akan melakukan tindakan untuk menangkapnya,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Kejadian itu turut tular di media sosial dan orang ramai diminta berhati-hati ketika bersiar di kawasan riadah terbabit bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.