Penyumbang zakat adalah ‘adiwira tidak didendang’

11

24 APRIL: Setiap penyumbang zakat disifatkan sebagai ‘adiwira’ tidak didendang, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Titahnya, penyumbang zakat juga adalah tulang belakang dan kekuatan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPS) dalam melaksanakan segala amanah kutipan serta agihan zakat.

“Keadaan hari ini yang semakin mencabar apabila COVID-19 melanda dunia, memberi kesan kepada ekonomi dan sosial rakyat serta ramai memerlukan bantuan,” titah Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis itu menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, semalam, Tuanku Syed Faizuddin berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyumbang Zakat Pendapatan MAIPS 2020 di Masjid Al-Maghfirah, Pauh, Sanglang, Kangar

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIPS, Mohd Nazim Mohd Noor.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.