‘Maklumat terkini diterima saya lain pula’ – Shahidan

47

24 APRIL: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi gambaran seolah-olah beliau tidak mengetahui disingkirkan daripada jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis.

Menerusi status dimuat naik di Facebook rasminya, hari ini, Shahidan memaklumkan beliau kini berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, esok.

“Salam baru sampai Kuala Lumpur untuk hadir mesyuarat pada esok hari. Maklumat terkini lain pula.

“Saya berpuasa. Semoga kita sentiasa dirahmatiNya,” katanya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan media, hari ini, mengumumkan pelantikan Azlan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis baharu bagi menggantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkuatkuasa serta merta.

Keputusan dilakukan Ahmad Zahid dan kepimpinan tertinggi UMNO, dipercayai berpunca daripada kelantangan Shahidan mengkritik kepimpinan parti itu, termasuk menentang keputusannya menamatkan kerjasama dengan Bersatu. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.