Kapal selam milik TNI hilang di perairan Bali

109

21 APRIL : Sebuah kapal selam milik  Tentera Nasional Indonesia (TNI) dilaporkan hilang di perairan utara kepulauan Bali bersama 53 anggota kru kapal tersebut hari ini.

Menurut Panglima TNI, Marsekal Hadi Tjahjanto, angkatan tentera laut Indonesia melancarkan operasi mencari kapal selam tersebut.

Kapal selam buatan Jerman, KRI Nanggala-402 itu sedang melakukan latihan tembakan torpedo pada Rabu dan kemudian gagal melaporkan keputusan seperti yang dijadualkan.

“Menara kawalan telah terputus hubungan dengan kapal tersebut pada sekitar jam 4:30 pagi waktu tempatan. Susulan itu, operasi pencarian dilancarkan.

“Kita juga meminta bantuan pihak berkuasa dari Australia dan Singapura bagi operasi mencari tersebut,” ujarnya.

Setakat ini, kapal tersebut disyaki berada di dasar laut dengan kedalaman 700 meter ke bawah.

Sebagai rekod, KRI Nanggala-402 mempunyai kelajuan sehingga 21,5 knot dan kapal seberat 1,395 tan itu dibina pada tahun 1978.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.