Ayahanda Tengku Permaisuri Selangor Meninggal Dunia

100

20 APRIL:  Ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Abdul Rahman Baba meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, hari ini.

Perkhabaran dukacita itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office memaklumkan Allahyarham Abdul Rahman berusia 89 tahun meninggal dunia pukul 3.40 pagi akibat sakit tua.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan menzahirkan takziah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin.

“Patik mewakili seluruh lapisan pentadbiran kerajaan negeri dan rakyat Selangor merafak sembah takziah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin atas kembalinya ke rahmatullah, Allahyarham Abdul Rahman Baba yang merupakan ayahanda DYMM Tengku Permaisuri Selangor.

“Mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan dosa dan ditempatkan di kalangan mukmin yang soleh serta mendapat husnul khatimah. Al Fatihah,”katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.