Ranau dilanda gempa bumi lemah 2.8 skala Richter

25

19 APRIL : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi lemah berukuran 2.8 pada skala Richter dilaporkan melanda Ranau, Sabah, jam 11.10 malam tadi.

Kenyataan MetMalaysia melalui ciapan dalam Twitter rasminya, memaklumkan gempa bumi itu berlaku 11 kilometer (km) barat dari Ranau.

Gempa bumi lemah yang berlaku pada kedalaman 10km itu menyebabkan gegaran dirasai di sekitar daerah berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.