Anak harimau Malaysia muncul pertama kali di zoo AS

140

17 APRIL : Seekor anak harimau daripada spesies Harimau Malaya dinamakan Indrah, baru-baru ini membuat kemunculan pertamanya di Zoo Cleveland Metroparks, Amerika Syarikat (AS) yang membuatkan pengunjung teruja kerana kecomelannya.

Indrah adalah seekor daripada tiga anak harimau berbeza subspesies yang tampil buat julung kali di zoo terbabit.

Dua anak harimau lain yang menunjukkan muka mereka itu dinamakan Luka dan Anja yang kedua-duanya adalah spesies Siberia atau dikenali Amur.

Ketiga-tiga anak harimau itu dilahirkan pada Disember tahun lalu.

Dilahirkan di Zoo Tulsa, Oklahome, AS, Indrah kemudian dipindahkan ke Cleveland selepas pihak berkaitan mendapat saranan daripada Pelan Kelangsungan Hidup Spesies Harimau.

Pegawai Zoo di AS, ketiga-tiga anak harimau yang dianggarkan seberat 13.6 kilogram (kg) itu akan dibesarkan bersama-sama bagi membantu perkembangan mereka, memandangkan masing-masing sudah tidak dijaga ibunya.

Spesies harimau Siberia boleh dijumpai di timur Rusia serta timur laut China dan dikategorikan sebagai kumpulan terancam.

Manakala, Harimau Malaya yang dikategorikan sebagai sangat terancam boleh ditemukan di Semenanjung Malaysia.

Dianggarkan terdapat hanya beberapa ratus spesies haiwan itu di habitat asalnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.