BNM semak semula Notis Pertukaran Asing

22

16 APRIL: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan semakan semula Notis Pertukaran Asing berikutan liberalisasi dasar pertukaran asing pada bulan lepas.

Notis Pertukaran Asing itu menetapkan persetujuan bank pusat bagi transaksi yang dilarang di bawah Seksyen 214(2), dibaca bersama Jadual 14 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Seksyen 225(2), yang dibaca bersama Jadual 14 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam.

“Notis Pertukaran Asing ini akan menggantikan Notis Pertukaran Asing yang dikeluarkan pada 30 April 2020.

“Notis ini juga menetapkan keperluan, sekatan dan syarat kelulusan dan arahan bank pusat,” menurut BNM hari ini.

Pada bulan lepas, bank pusat mengumumkan langkah untuk meliberalkan dasar pertukaran asing untuk memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global dan menarik pelaburan langsung asing ke negara ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.