Penghantar makanan maut dihempap pokok ketika hujan lebat

66

15 APRIL : Seorang penghantar makanan bermotorsikal Grab Food maut akibat dihempap pokok tumbang ketika hujan lebat petang tadi di Alam Damai, Taman Len  Seng, Cheras.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 20 tahun itu diangkat oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum dibawa ke stesen minyak Petronas Alam Dama

Selain kejadian di Alam Damai, Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan berkata, sebanyak tujuh kes pokok tumbang dilaporkan di sekitar bandar raya ini petang tadi,

“Lokasi lain kejadian pokok tumbang adalah di Seksyen 2, Wangsa Maju; Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam; Kampung Padang Merbuk; Jalan Melati, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2)-Hulu Klang; kawasan berhampiran Wisma Tani, Jalan Bukit Tunku dan Jalan Tijani, Bukit Tunku.

“Sejak jam 4.30 petang tadi sehingga jam 6 petang, pihak bomba melakukan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok-pokok yang tumbang seterusnya memastikan setiap kawasan dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, ada antara pokok tumbang yang menghalang lalu-lintas sehingga menyebabkan kesesakan.

Di antara Balai Bomba Penyelamat (BBP) yang terbabit dalam operasi menyelamat ini adalah BBP Cheras, BBP Wangsa Maju, BBP Pantai, BBP Seputeh, BBP Sentul, BBP Gombak Selatan, BBP Hang Tuah dan BBP Sri Hartamas, kata kenyataan itu lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.