Jemaah terima vaksin mula laksana umrah di Makkah

76

14 APRIL: Jemaah umrah yang sudah menerima vaksin COVID-19 mula mengerjakan ibadat itu pada hari pertama Ramadan di Makkah, Arab Saudi. semalam.

Kumpulan jemaah itu memasuki Masjidil Haram dengan memakai pelitup muka dan mengelilingi Kaabah mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) penjarakan sosial.

Sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, memaklumkan hanya jemaah umrah sudah diimunisasi diberikan permit untuk mengerjakan ibadat itu dan solat di Masjidil Haram semasa Ramadan.

“Terdapat tiga kategori jemaah umrah yang dianggap sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 pihak berkuasa negara itu.

“Kategori pertama menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 dan kategori kedua disuntik satu dos vaksin sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mengerjakan umrah.

“Manakala kategori ketiga terdiri daripada jemaah umrah yang sudah pulih daripada virus itu,” katanya.

Dasar itu menyebabkan jumlah jemaah umrah di Masjidil Haram meningkat kepada 50,000 setiap hari pada bulan Ramadan.

Menurut media kerajaan, dasar itu juga membolehkan 100,000 umat Islam bersolat di masjid berkenaan.

Setakat ini, masih tidak jelas sama ada dasar itu akan diteruskan semasa musim haji tahun ini.

Julai tahun lalu, kerajaan negara itu mengurangkan bilangan jemaah haji hanya kepada 10,000 umat Islam yang menetap di Arab Saudi.

Pada tahun 2019 pula, sebanyak 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia mengerjakan ibadat haji.

Arab Saudi mencatatkan 6,700 kematian dan lebih 400,000 kes jangkitan akibat pandemik itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.