PDRM bongkar taktik sindiket judi guna kereta tempat operasi

24

13 APRIL :  Taktik sindiket judi online menjadikan kereta sebagai tempat aktiviti perjudian bagi mengaburi mata pihak berkuasa akhirnya terbongkar selepas diserbu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar daerah Butterworth, semalam. 

Serbuan itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) membongkar kegiatan tersebut menerusi 12 serbuan di sekitar daerah tersebut. 

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata operasi bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam itu membawa kepada tangkapan 19 individu termasuk empat pelanggan.

 “Individu yang ditahan membabitkan 12 lelaki dan tujuh wanita berusia lingkungan 22 hingga 58 tahun,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Noorzainy memberitahu hasil serbuan mendapati rata-rata sindiket menjadi kereta, kedai kopi, kedai telefon serta premis persendirian sebagai lokasi operasi kegiatan haram tersebut.

“Kita tidak menolak kemungkinan sindiket ini mencari pelbagai taktik baru untuk berselindung agar kegiatan haram mereka tidak dikesan pihak polis.

“Selain itu, siasatan juga mendapati beberapa premis berkenaan pernah diserbu dalam tempoh dua tahun sebelum ini atas kesalahan sama,” katanya. 

Dalam pada itu, Noorzainy menegaskan pelbagai barang yang dipercayai untuk kegunaan judi online dirampas dalam serbuan tersebut.

“Antara yang dirampas sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dijadikan sebagai lokasi operasi judi online, wang tunai FM13,581, 14 buah telefon bimbit dan 79 kertas bercetak angka.

“Selain itu, kita juga meminta bantuan pihak Tenaga Nasional Berhad untuk pemotongan bekalan elektrik di premis terbabit. Kes kini disiasat mengikut Sekayen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.