COVID-19: Lebih ramai pesakit muda di ICU Brazil

45

12 APRIL: Jumlah pesakit COVID-19 di bawah usia 40 tahun di unit rawatan rapi (ICU) di Brazil, dilaporkan melebihi kalangan pesakit warga tua, bulan lalu.

Menurut kenyataan Projek ICU Brazil, jumlah pesakit COVID-19 berusia 39 tahun atau lebih muda turut meningkat mendadak bulan lalu kepada lebih 11,000 orang atau 52.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit di negara itu pada tempoh sama.

Lonjakan kes yang kebanyakannya mengakibatkan kematian, majoritinya disebabkan varian baharu COVID-19.

Penyelaras bersama Projek ICU Brazil, Dr Ederlon Rezende, berkata kebiasaannya, pesakit muda hanya mengalami jangkitan kurang serius dan tidak memerlukan rawatan intensif.

“Justeru, peningkatan kes bagi kumpulan umur muda ini pada bulan lalu, sangat ketara dan mungkin dipacu pelbagai faktor,” katanya.

Dr Rezende berkata, golongan muda didapati cenderung dijangkiti virus itu, sama ada berikutan terpaksa meninggalkan rumah untuk keluar bekerja atau mereka percaya diri kurang terdedah.

Katanya, pesakit berusia lebih 80 tahun pula mencatatkan penurunan daripada 13.6 peratus kepada 7.8 peratus daripada jumlah keseluruhan di ICU Brazil pada Mac yang kini kebanyakannya sudah diberikan vaksin.

Varian baharu COVID-19 di Brazil dikenali sebagai P1, jelasnya, mungkin menyebabkan kadar kematian meningkat mendadak di negara itu bulan lalu.

Beliau berkata, bilangan itu menunjukkan P1 berupaya menjangkiti semula individu pernah mengalami virus itu dan ‘serangan’ varian baharu ini mungkin lebih berbahaya.

“Pesakit di ICU ketika ini ramai yang muda dan tidak mempunyai masalah kesihatan lain tetapi mengalami jangkitan COVID-19 teruk.

“Jumlah pesakit COVID-19 di ICU tanpa gejala penyakit lain meningkat hampir satu pertiga pada Mac, menjadikannya 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, Dr Rezende berkata, bilangan pesakit yang diberikan bantuan ventilator mencapai rekod sepanjang pandemik, iaitu sebanyak 58.1 peratus pada Mac.

Brazil mencatatkan lebih daripada 66,500 kematian akibat COVID-19 pada Mac lalu.

Kes keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu adalah 351,000 orang, setakat ini di negara terbabit yang mempunyai kira-kira 212 juta orang, sekali gus menjadikannya negara dengan jumlah kematian kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS) sehingga kini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.