Tiada yang lebih baik Anwar mampu tawar berbanding PN

520

10 APRIL: Kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertunjangkan agenda keharmonian rakyat dan tadbir urus baik sudah membawa Malaysia ke satu era baharu.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata agenda politik prihatin dibawakan kerajaan Muhyiddin melalui Perikatan Nasional (PN) juga memberi tawaran baharu kepada negara.

“Ini sedang dilaksanakan kerajaan pimpinan Muhyiddin, justeru apa lagi yang boleh Anwar tawarkan untuk lebih baik daripada ini?

“Tak ada apa-apa yang baharu pun yang Anwar boleh bawa sebab era Anwar dah tamat,” katanya ketika dihubungi PN BBC, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Pakatan Harapan (PH) mengangkat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri jika parti itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

PH dalam satu kenyataannya, semalam berkata keputusan itu adalah antara tujuh perkara diputuskan dalam ‘Ketetapan Port Dickson’ selepas pemukiman pimpinan PH di Port Dickson, baru-baru ini.

Wan Saiful berkata, bukan satu perkara baharu untuk PH menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri, malah sudah ‘berbunyi’ sejak lebih 20 tahun lalu.

“Dah 20 tahun lebih, inilah wirid harian (menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri) yang sama.

“Rasanya Anwar memegang rekod dunia sebagai calon Perdana Menteri paling lama,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, zaman sekarang sudah berubah, justeru kini adalah era kerajaan Muhyiddin.

“Sekarang zaman Muhyiddin dengan barisan kepimpinan yang baharu, era Anwar sudah tamat,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.